• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

PSMZA, Kolej Vokasional Dungun Jayakan Khidmat Komuniti Dabong

DUNGUN, 19 Mac- Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) bersama Kolej Vokasional, Dungun bergabung tenaga menjayakan khidmat komuniti di Kampung Dabong, Jeli, Kelantan. 

Pengarah Program Khidmat Komuniti (CSR), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET ) PSMZA dan Kolej Vokasional Dungun, Yaswadi Mat Yasim berkata , antara khidmat yang diberikan ialah membaikpulih pendawaian elektrik di rumah-rumah penduduk yang terpilih.

"Program kolaborasi di antara PSMZA dan Kolej Vakasional Dungun yang diadakan selama tiga hari bermula 15 Mac itu telah melibatkan 40 orang pelajar daripada kedua-dua institusi terbabit serta enam orang pensyarah pengiring,"katanya.

Beliau memberitahu demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat PSMZA, semalam.

Beliau yang juga Pengurus Pembangunan Pelajar seterusnya berkata program yang julung - julung kali diadakan itu akan diteruskan di masa hadapan. 

Sementara itu, Pengarah PSMZA,  Zamra Derahman turut merasa bangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pasukan tersebut.

"Pihak kami amat menyokong penuh program sebegini diadakan" katanya. 

Majlis penutup program  disempurnakan oleh ADUN Dabong, Ku Mohd Zaki Ku Hussin. Hadir sama, Pengarah Kolej Vokasional Dungun, Mohd Nazri Hashim. 


Tag: