• 03 Ogos 2021 | 24 Zulhijah 1442

PSMZA Ramadan 'Free Market' Platform Raih Pahala

DUNGUN, 29 April - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun mengadakan Ramadan Free Market sebagai platform untuk kakitangannya meraih pahala di bulan yang dijanjikan Allah SWT ganjaran berganda kepada yang bersedekah.

Pengarahnya, Mohd Fikri Ismail berkata, ia merupakan program yang mengumpulkan pakaian dan barangan serta peralatan rumah untuk disumbangkan kepada golongan yang memerlukan.

"Selain daripada pakaian, sumbangan berbentuk barangan keperluan harian dan wang tunai juga turut diagihkan kepada golongan B40 yang memerlukan," ujarnya.

Fikri berkata demikian selepas meninjau program yang diadakan di Dewan Dagang, PSMZA dan dianjurkan Kelab  Kakitangan  PSMZA (S-Club) dan Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) baru-baru ini.

Menurutnya, program kebajikan berkenaan merupakan tahun kedua diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran golongan B40 yang datang dari sekitar pusat pengajian itu. 

"Pihak pengurusan PSMZA menyambut baik program yang dianjurkan oleh kelab kakitangan dan program sebegini menunjukkan kita sebagai penjawat awam sentiasa prihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik," ujarnya. 


Tag: