• 28 Jul 2021 | 18 Zulhijah 1442

Pupuk Minat Generasi Muda Bersukan

BESUT,11 Oktober- Usaha bagi mengembalikan minat anak muda kepada aktiviti sukan menjadi salah satu mekanisme pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, beliau menyokong penuh usaha berkenaan kerana disamping dapat menyuntik semangat anak muda bekerjasama dalam menjayakan setiap program yang diadakan ianya juga dapat merapatkan ukhwah sesama sendiri .

"Sebagai contoh, kejohanan sepak takraw yang julung kalinnya dianjurkan pemuda cawangan Kubang Ikan untuk tahun ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim malah sebagai persediaan Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Pemuda DUN Kota Putera yang dijangka akan berlangsung akhir bulan ini sekiranya tiada arahan penangguhan untuk sebarang aktiviti," ujarnya kepada pemberita selepas kejohanan tersebut.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat yang terlibat termasuk sembilan pasukan berentap pada kejohanan sepak takraw yang diadakan di Kampung Kubang Ikan itu.

"Tahniah Pemuda PAS cawangan Kubang Ikan kerana telah berjaya menganjurkan program yang dapat menarik masyarakat terutamanya golongan pemuda mengikuti aktivit yang berfaedah ini dan syabas juga kepada pasukan yang berjaya ke peringkat akhir sekaligus menjuarai kejohanan ini.

"Semoga dengan ada kejohanan seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan anak-anak muda dan masyarakat di dalam DUN Kota Putera," ujarnya.

 


Tag: