• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Pusat Pemindahan Banjir Pertama Dibuka Di Terengganu

KUALA NERUS, 2 Disember - Pusat pemindahan sementara (PPS) SK Kompleks Mengabang Telipot menjadi pusat pemindahan pertama dibuka di Terengganu akibat hujan berterusan sejak malam tadi di daerah ini.

Berdasarkan laporan terkini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, PPS berkenaan menempat 25 mangsa daripada lima keluarga yang dipindahkan sehingga jam 4 petang tadi.

Katanya, jumlah itu membabitkan 12 orang dewasa dan 13 kanak-kanak.

"Kampung yang terlibat ialah Kampung Alur Damat, Batu Rakit.

"Di situ kawasan rendah dan sistem perparitan tidak sistematik, boleh disimpulkan ia lebih kepada banjir kilat," kata kenyataan itu.
 


Tag: