• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Pusat Rekreasi Belukar Bukit Akan Dibaik Pulih

HULU TERENGGANU, 4 Ogos - Kerajaan Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan membaik pulih infrastruktur di Pusat Rekreasi Belukar Bukit dalam jangka masa terdekat. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, tindakan segera juga akan diambil Pejabat Daerah Hulu Terengganu bagi menyelesaikan masalah akibat bencana banjir yang lalu.

“Kerajaan Negeri turut menekankan supaya komuniti setempat turut berganding bahu dalam memajukan tempat rekreasi ini.

“Kawasan ini diselia dibawah Pejabat Daerah, akan tetapi perlu ada pihak yang bertanggungjawab untuk bekerjasama dan menguruskan tempat ini,” ujarnya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui oleh Media Urus setia Penerangan Darul Iman (UPDI) semasa menghadiri Lawatan Kerja ke Hulu Terengganu baru-baru.

Beliau turut berkata, di Terengganu apabila infrastrukturnya telah ditambah baik tetapi tidak dijaga ia akan menyebabkan kualiti infrastruktur hanya bertahan dalam jangka masa yang pendek. 

Pada masa yang sama, beliau turut memberikan pandangan yang positif berkenaan Pengkalan Rengas menjadi satu tempat rekreasi yang baru. 

“Pihak kerajaan negeri berharap tempat-tempat rekreasi ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh masyarakat setempat,” katanya. 


Tag: