• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Pusat Sains Semarak Edu-Tourism di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 31 Januari - Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) cemerlang dalam menyemarakkan industri pelancongan sekali gus menepati penanda aras kualiti perkhidmatan kerajaan dalam bidang terbabit.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata PSKT merupakan sebuah agensi yang berteraskan edu-tourism dengan konsep fun learning.

“Justeru apabila telah merangkul dua anugerah iaitu ‘Gold Award Kids Edutainment Centre' dan ‘Best Edu-tourism Program' pada tahun 2022 dan secara tidak langsung memberi impak yang positif terhadap industri pelancongan Terengganu," jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) PSKT bersama Rakan Strategik di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir, Yang DiPertua Dewan Undangan Kerajaan Negeri, Dato' Yahaya Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat.

Tambah Ahmad Samsuri, usaha yang dilakukan oleh PSKT amat bertepatan dengan saranan kerajaan negeri.

“Inisiatif ini berdiri kukuh sebagai salah sebuah organisasi yang berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat di samping sedaya upaya memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam masyarakat," ujarnya.

Sementara itu, kerajaan negeri melalui PSKT turut berperanan dalam mengadakan pelbagai inisiatif dan peluang kepada masyarakat dan pengunjung.

“Iaitu mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Semoga jalinan kerjasama ini menjadi manfaat dan dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

 


Tag: