• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Terengganu Hidupkan Akhir Ramadan Dengan Qiamullail

KUALA TERENGGANU, 30 April – Kerajaan negeri melalui Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) telah mengadakan Program Qiamullail Perdana dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadan di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar di sini semalam.

Yang Di Pertua DUN, Dato’ Yahaya Ali berkata, program sedemikian menggambarkan penglibatan pimpinan kerajaan negeri bersama masyarakat termasuk acara berbentuk keagamaan.

“Harapan kita pemimpin bukan sekadar mampu bercakap soal pembangunan negeri serta kebajikan, bahkan turut menjadi model bagi pembangunan insan.

“Program seumpama ini juga menjadi contoh kepada masyarakat Terengganu bahawa tugas mengimaahkan Ramadan adalah tanggungjawab semua pihak daripada pemimpin hingga rakyat.

“Masyarakat akan memilih untuk mengikuti langkah pemimpin dengan menjadikan mereka sebagai suri teladan dalam kehidupan,” katanya.

Turut hadir Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah.

Program itu bermula seawal jam 4 pagi dengan solat sunat tahajud dan disusuli tazkirah oleh Mufti Terengganu, Prof Madya Dr Mohamad Sabri Haron selepas solat Subuh berjemaah.

 


Tag: