• 01 Mei 2024 | 22 Syawal 1445

Rakyat Berpeluang Bina Kediaman Di RTB Sungai Cheralak


Laluan masuk ke RTB Sungai Cheralak.
Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN - Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Sungai Cheralak yang bakal diluluskan dapat memberi manafaat kepada penduduk Bukit Besi.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Ghazali Sulaiman berkata, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Shukur telah memohon sejumlah tanah RTB dan kini sedang diproses oleh Pentadbir Tanah Daerah (PTD) Dungun.

"Pembukaan RTB ini adalah sebahagian usaha kerajaan bagi membantu rakyat yang belum memiliki kediaman untuk mendapat tapak tanah terlebih dahulu.

"Kerajaan negeri komited melaksanakan janji manifesto dan memperjuangkan nasib rakyat yang masih tidak memiliki rumah kediaman," katanya kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), sewaktu meninjau kawasan berkenaan, Isnin lalu.

Dalam pada itu, Pengerusi MPKK, Tengku Hamdan Tengku Mahmud menyatakan kedudukan tanah yang berada di kawasan pedalaman tidak menjadi satu masalah untuk dibangunkan.

"Mana-mana tempat, apabila telah dibuka dan menjadi penempatan, ia tidak akan sunyi lagi ditambah dengan pelbagai kemudahan yang bakal diwujudkan bersama penempatan tersebut.

Penyelaras DUN, Ghazali Sulaiman meninjau kawasan yang bakal dibuka.
"Apa yang paling penting, golongan yang masih belum memiliki kediaman memperoleh ruang untuk membina rumah mereka sebagaimana dijanjikan," jelasnya.

Tinjauan yang dilakukan mendapati masih ramai penduduk DUN Bukit Besi yang tidak memiliki rumah kediaman sendiri, terutamanya generasi kedua.


Tag: