• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Rakyat Bukit Tunggal Dijamu Gulai Daging

KUALA NERUS, 14 Disember - Sebanyak 5,700 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal di sini dijamu gulai daging melalui program dapur rakyat yang berlangsung dalam bulan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak berkata, sumbangan itu diagih ke setiap rumah penduduk tanpa mengira status pendapatan mereka melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing.

"Kita melahirkan rasa simpati kepada rakyat yang terjejas pendapatan mereka ekoran penularan wabak COVID-19 dan musim tengkujuh ini yang sedang melanda negeri kita.

"Biasanya kita buat jamuan rakyat dalam satu majlis, namun kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, kita akan hantar kepada rakyat dari rumah ke rumah lauk gulai yang siap dimasak oleh MPKK," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas selesai program Dapur Rakyat DUN Bukit Tunggal di Kampung Gong Kijang baru-baru ini.

Katanya lagi, selain agihan lauk yang sudah masak, pihaknya juga menyampaikan barangan keperluan dapur kepada keluarga B40 seperti beras, minyak dan gula.

"Walaupun sumbangan ini hanya kecil bagi kita, namun sekurang-kurangnya dapat menceriakan keluarga  mereka yang kurang bernasib baik dengan menikmati bantuan ini," jelasnya.


Tag: