• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Rakyat Diseru Terima Tawaran Hebat Allah SWT

Ustaz Sulaiman Sulong berucap merasmikan program pendaftaran i-Suri di Dewan Sivik Merchang.
Oleh : Khairan Mat Jusoh

MARANG, 31 Oktober - Rakyat bukan sahaja dapat menikmati sebahagian daripada inisiatif yang di tawarkan oleh pihak kerajaan, malah turut diseru untuk menyahut tawaran oleh Allah SWT, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong.

Menurutnya, tawaran yang diberikan oleh Allah SWT cukup istimewa sepertimana dinyatakan dalam al-Quran Nul Karim.

"Bersegeralah kamu untuk memohon keampunan daripada Tuhan kamu, kerana Allah menjanjikan kepada kita syurga yang luasnya di antara seluas langit dan bumi. Ini adalah satu motivasi yang cukup-cukup istimewa kepada kita semua.
Peserta sedang mendengar ucapan serta taklimat daripada para pegawai.
"Apa sahaja taraf kehidupan ekonomi kita, tapi Allah SWT tidak meletakkan itu sebagai kayu ukur kepada apa yang dijanjikan oleh Allah SWT," katanya.

Sulaiman berkata demikian ketika berucap sempena perasmian program pendaftaran i-Suri di Dewan Sivik Merchang, di sini, semalam.
Peserta yang sedang mendaftar kehadiran.
Program tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Perkhidmatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Fadlee Alwi dan  Pegawai Kaunselor Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Alias Mat Ali.

Kira-kira 500 peserta di kalangan suri rumah menyertai program tersebut.

Tag: