• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Rakyat Luar Puji Beras Ganu

KUALA TERENGGANU, 10 September – Beras keluaran anak syarikat negeri menerusi Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) terus menjadi tumpuan bukan sahaja dalam Terengganu, bahkan turut mendapat permintaan daripada luar negeri.

Tinjauan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) mendapati ramai antara mereka bersedia untuk menjadi pengedar bagi memasarkan beras tersebut di luar Terengganu.

Hasil tinjauan juga mendapati bahawa rakyat negeri lain seperti Selangor, Melaka, Pulau Pinang serta Kedah menyatakan hasrat untuk memiliki beras tersebut.

Mereka turut memuji usaha Terengganu bagi memastikan bekalan makanan kekal terjamin untuk manfaat kepada rakyat.

Akaun TikTok, AmyJohorean80's meminta untuk memasarkan beras Ganu ke Johor manakala Hasnah Isnin, berkata semoga beras Ganu dapat diperluaskan ke seluruh negeri dalam Malaysia.

Sulaiman Aziz yang berasal dari Perak mengucapkan tahniah kepada kerajaan Terengganu, terbaik rakyat Ganu pilih kerajaan.

Sementara itu, Nakin fd_ma12 mengucapkan tahniah kepada Dr Azman selaku exco pertanian yang banyak melakukan perubahan dalam industri makanan Terengganu.

Ini selari dengan usaha kerajaan negeri bagi memastikan negeri ini terus menjadi negeri gedung pengeluaran keperluan makanan.

Untuk rekod, Terengganu merupakan negeri pertama yang mengeluarkan beras sendiri dengan mempunyai Sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia, MyGAP menerusi jenama Beras Ganu.

 

 

 


Tag: