• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Rakyat Perlu Dapat Semula Hak Mereka


Oleh: Ahmad Syahid Adnan

KEMAMAN, 13 November - Kerajaan negeri akan memastikan kebajikan rakyat terlaksana dengan sebaik mungkin tanpa ada golongan yang tercicir daripada mendapat manfaat.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, kepimpinan negeri masa kini beriltizam untuk memastikan rakyat mendapat kembali hak mereka yang tidak diperolehi ketika kerajaan sebelum ini.

"Walaupun projek ini dimulakan oleh kerajaan sebelumnya, tapi kita (kerajaan negeri) teruskan untuk baiki (rumah) supaya disegerakan untuk rakyat mendiami rumah tersebut," katanya.




Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Jalan Pusara, Kampung Gelugor, Kerteh, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Penolong Kanan Pegawai Daerah Kemaman, Ahmad Nazwawi,Tuan Penghulu Mukim Kerteh, Abdul Ghafar Mohamad, Ketua Balai Polis Kerteh, Inspektor Mohd Azuan Abdul Aziz, Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Kemasik serta lima peserta dan wakil rumah PPRT di Kampung Gelugor.

Beliau yang juga  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik turut memberi peringatan kepada lima orang penerima rumah berkenaan supaya sentiasa memanjat kesyukuran kerana mampu menikmati kemudahan itu.

"Majlis Pengurusan Komuniti Kampung adalah wakil ADUN di setiap kampung dan harapan kita dapat merealisasikan Terengganu sebagai negeri yang maju, berkat dan sejahtera," tambahnya.






Tag: