• 14 Mei 2024 | 6 Zulkaedah 1445

Rakyat Terengganu Sahut Seruan 'Jumaat Hari Ilmu'


Oleh: Aziz Hambali

MARANG, 4 Januari - Slogan 'Jumaat Hari Ilmu & Sabtu Hari Keluarga' yang dilancarkan Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di malam ambang tahun baru 2019 baru-baru ini, mendapat sambutan rakyat negeri itu.

Tinjauan di sekitar majlis ilmu di Masjid Rusila yang berlangsung Jumaat lalu mendapati rata-rata anak muda yang ditemui menyambut baik seruan MB mereka.

Hafeez Ibrahim dari Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, meluahkan rasa  gembiranya dengan majlis ilmu yang diadakan pada setiap hari Jumaat itu.

"Syukur sangat-sangat, Muslim negeri ini dapat MB yang berjiwa Islamik. 

"Seruan Jumaat Hari Ilmu, akan menambahkan lagi semangat kami untuk meningkatkan pengetahuan.

"Terisinya hari cuti hujung minggu (Jumaat) dengan majlis-majlis ilmu, InsyaAllah akan menatijahkan semua rakyat di negeri ini menjadi rakyat yang berilmu.

"Rentetan daripada itu, kuliah dhuha mingguan yang diadakan di Rusila ini menjadi rutin sebahagian rakyat Terengganu seterusnya memberi peluang kepada rakyat Terengganu untuk memanfaatkan sedikit sebanyak peluang keemasan kepada mereka untuk menimba ilmu pada hari tersebut", katanya.

Dalam pada itu, Dr. Hamdan yang merupakan penyampai Kuliah Dhuha pada hari tersebut menyeru para hadirin menunaikan hak Allah SWT dan manusia dalam mencari keredhaan dan keberkatan.

"Apabila masuk waktu solat, solatlah dengan segera. Selesai solat jenazah, tanamkan segera jenazahnya. Berhutang dengan orang, langsaikanlah dengan segera.

"Begitu juga dengan hak sesama manusia. Rakyat harus diberi hak rakyat.

"Hak negeri yang berhak diberi, mestilah diberi. Royalti yang mesti diberi kepada negeri hendaklah ditunaikan dengan segera. Tidak kira negeri itu bangsa apa dan parti mana yang memerintah kerajaan negeri," jelasnya.


Tag: