• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Ramai Tidak Tahu Jaga Persekitaran Rumah

ADUN Bandar, Ustaz Ahmad Shah bersama Ustaz Wan Sukairi di Program Gotong Royong Mega Peringkat Negeri Terengganu di Kampung Seberang Baruh, di sini, semalam.

Oleh: Wan Luqman Hakim

KUALA TERENGGANU , 18 November - Masih ramai di kalangan masyarakat kita yang tidak menjaga kebersihan persekitaran rumah sehingga berisiko menyumbang kepada penularan wabak  denggi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Ustaz Ahmad Shah Muhamed.

Menurutnya, banyak rumah yang dikunjungi dalam operasi gotong-royong bersama jabatan kesihatan, semalam berpotensi menjadi tempat pembiakan jentik-jentik dan nyamuk aedes yang boleh mengakibatkan penularan kes demam denggi dalam masyarakat.


"Rumah yang disewa bukanlah alasan untuk anda tidak menjaga kebersihan kerana sebagai adab berjiran yang baik, kebersihan perlu dititikberatkan," katanya ketika merasmikan Program Gotong Royong Mega Peringkat Negeri Terengganu di Kampung Seberang Baruh, di sini, semalam.

Turut hadir merasmikan program itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.

Ahmad Shah juga menyeru agar semua dapat bekerjasama dalam membersih dan menjaga persekitaran rumah masing-masing supaya kehidupan lebih terjamin dan sihat tanpa sebarang penyakit berjangkit yang memudaratkan orang ramai.



Tag: