• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Realisasikan Slogan Hulu Besut Bersih

BESUT, 28 Februari - Dalam usaha untuk mempromosikan kebersihan setempat, slogan "Hulu Besut Bersih" telah dipilih menjadi tema di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut sebagai usaha bagi memastikan semua pihak berperanan dan mengembleng tenaga dalam usaha memastikan kawasan ini sentiasa bersih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Hulu Besut Mohd Husaimi Hussin berkata  setelah diberikan kepercayaan untuk menjadi wakil rakyat aspek kebersihan itu sangat dititikberatkan serta menjadi tumpuan utamanya. 

"Seruan ini haruslah disahut oleh semua masyarakat di DUN ini bagi menjayakan serta dapat memberi kesedaran akan pentingnya menjaga kebersihan.

"Perlu bersih dari segenap segi, terutama sekali yang melibatkan sampah dan kecerian, tempat-tempat yang menjadi tumpuan terutama sekali di masjid, surau, taman perumahan dan setiap pelusuk kampung,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Dokumen Hakmilik Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) DUN Hulu Besut di Dewan Serbaguna Sejahtera Kampung Pasir Akar, baru-baru ini.


Tag: