• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

Rebut Peluang Keluar Dari Kemiskinan


Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 31 Ogos - Kerajaan negeri menyediakan pelbagai peluang untuk membantu rakyat keluar daripada kemiskinan dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata rakyat seharusnya mengunjungi agensi-agensi kerajaan untuk mengetahui segala kemudahan yang disediakan disamping meminta panduan dan nasihat.

"Sebagai wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kamping (MPKK) contohnya yang menjadi rujukan orang kampung, kita boleh membantu mereka dengan memberitahu di mana agensi yang menyediakan bantuan dan sebagainya.

"Sepatutnya apa- apa urusan sekalipun jumpalah pegawai - pegawai yang bertugas di agensi berkaitan," ujarnya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra MPKK Bersama Jabatan Veterinar, Pertanian dan Perikanan di Bilik Syarahan, Pejabat Daerah Dungun, baru-baru ini.

Beliau turut mengingatkan agar sebarang bantuan yang dipohon hendaklah diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

"Jangan mohon tanah, lepas tu biar tanah penuh dengan semak samun," katanya.

Tag: