• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Relawan T-Volt Mula Misi Hari ini

KUALA TERENGGANU, 9 Mac – Sukarelawan T-Volt hari ini memulakan aktiviti gotong-royong dalam Misi Bantuan Pasca Banjir Johor T-Volt (2023) di Simpang Renggam, johor. 

Pengarah Urus Setia Belia Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT), Mohd Nasir Abdul Razzab berkata, misi tersebut dilaksanakan bersama Khidmat Malaysia bagi penyelarsan operasi.

 “Ia bertepatan dengan seruan Menteri Besar bagi menyatakan solidariti bersama rakyat Johor yang ditimpa bencana banjir besar bagi membantu mereka.

“Misi bencana ini kita (UBSNT) gerakkan tidak sampai dua hari tapi Alhamdulillah penyertaan yang sangat memberangsangkan daripada peserta yang bersama,” katanya selepas sesi pelepasan konvoi di Dataran Muzium Negeri, di sini semalam.

Kerajaan Negeri melalui T-Volt menghantar sekitar 400 sukarelawan bersama barang keperluan bagi meringankan bebanan mangsa banjir di sana.

Misi bencana kali ini menfokuskan aktiviti pasca banjir di sekitar kawasan Simpang Renggam selama tiga hari.

Turut menyertai misi kali ini, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat.

 


Tag: