• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Remaja Hanyut Ketika Memancing Masih Belum Ditemui

Pencarian diteruskan dengan bantuan ramai pihak.
Oleh: Norekwan Mamat

BESUT, 10 Disember - Seorang remaja berusia 13 tahun dikenali sebagai Mohd Syarif Mohd Zulkifli, dihanyutkan arus deras ketika memancing bersama adiknya di Sungai Besut berhampiran rumah mangsa di Kampung Gong Duek, kelmarin.

Sehingga kini operasi pencarian masih dijalankan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Sukarela Malaysia (RELA) dan penduduk kampung.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Mat Daik Mohamad menyeru orang ramai untuk terus berdoa agar urusan pencarian tersebut dipermudahkan.


"Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan diharapkan mereka bersabar di atas ujian Allah SWT," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, hari ini.


Beliau hadir bersama sebahagian penduduk kampung membantu dalam usaha pencarian mangsa dari hari kejadian sehingga kini.

Mat Daik turut bantu pencarian.



Tag: