• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Rentas Negeri Dibenarkan Di Seluruh Negara Bermula Esok

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Orang ramai dibenarkan untuk merentas negeri selepas kelonggaran kebenaran merentas negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Menurut beliau, keputusan tersebut berdasarkan peratusan rakyat Malaysia dewasa yang lengkap divaksinasi telah mencapai 90 peratus.

"Alhamdulillah, menurut KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

“Sehubungan itu, kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada PDRM bermula esok,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Namun katanya, mereka 
dinasihat agar tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran perjalanan rentas negeri yang diberikan, 

"Jika hal ini diambil mudah, tidak mustahil penularan wabak COVID-19 ini akan kembali meningkat. 

"Anda kini adalah barisan hadapan yang akan melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus COVID-19," katanya.