• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

RM3,000 Untuk Peserta Explorace Beliawanis Merdeka 2.0

 

KUALA TERENGGANU, 12 September  - Pertandingan Explorace Beliawanis Merdeka 2.0 yang diadakan pada jumaat ini menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM3,000 untuk peserta terbaik.

Pengarah program, Sumayyah Hamzah berkata, program ini memasuki tahun ke dua penganjurannya berjaya menghimpunkan para peserta yang terdiri daripada kaum wanita.

"Hadiah untuk pemenang tempat pertama RM800,00, hadiah kedua RM600,00 dan hadiah ke tiga RM400, 00.

"Manakala seramai 80 orang mendapat saguhati," jelasnya.

Beliau yang juga  Setiausaha Nisa' Kawasan Kemaman berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Katanya, program ini merupakan tahun kedua diadakan  dan kali ini bertempat di Bandar Al- Wathiqu Billah, Kuala Nerus.

"Tahun ni aktiviti lebih santai, cabaran dari segi kreativiti peserta untuk menyelesaikan tugasan explorace. 

"Kalau tahun lepas, pergerakan peserta menggunakan kereta tetapi tahun ini peserta ditempatkan di satu kawasan dan pergerakan peserta berjalan kaki sahaja," ujar beliau.image widget


Tag: