• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

RM38,000 Lesap Ditipu Agensi Tawar Pakej Haji

KUALA TERENGGANU, 11 Julai- Seorang pesara dari Dungun berusia 62 tahun kerugian RM38,000 selepas ditipu agensi pelancongan yang melakukan penipuan pakej haji.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Terengganu, Superintendan M. Zambri Mahmud, berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah kesalahan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

"Mangsa telah melakukan bayaran pertama sebanyak RM3,000 pada 2 Jun dan bayaran penuh pada transaksi kedua sebanyak RM35,000 ke dalam akaun atas nama agensi pelancongan tersebut.

"Pemilik agensi tersebut memberikan pelbagai alasan dan gagal menempah tiket penerbangan pengadu sehingga menyebabkan mangsa terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 7 Julai," ujarnya melalui kenyataan media.

Tegasnya, tangkapan ke atas suspek akan dibuat dalam masa terdekat.

"Selepas siasatan di kontijen lain yang terlibat selesai.

"Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam pemilihan pakej haji dan memilih agensi pelancongan yang berkeupayaan untuk melaksanakannya," ujarnya.