• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Rumah Tuntung Tarikan Baharu Pelancongan Terengganu

KEMAMAN, 16 Ogos – Rumah atau Pusat Penetasan Tuntung di Kampung Pasir Gajah di sini menjadi tarikan baharu kepada pelancong yang berkunjung ke daerah ini

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, projek itu mempunyai beberapa aspek yang boleh menarik minat pelancong iaitu penyelidikan dan pemuliharaan hidupan liar terancam, 

Katanya, usaha itu turut mendapat penglibatan dan pemerkasaan daripada penduduk setempat.

“Antara strategi pelancongan negeri Terengganu ialah untuk mempelbagaikan produk tarikan pelancong dan memperkasakan semua portfolio di negeri Terengganu. 

“Produk tarikan pelancong yang sedia ada termasuklah pulau, pantai, Tasik Kenyir, air terjun dan pantai pendaratan penyu,” ujarnya ketika merasmikan Majlis Pelepasan Tuntung di Rumah Tuntung, Sungai Kemaman semalam.

Turut hadir,Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat dan ADUN Air Putih, Abdul Razak Ibrahim.

Katanya lagi, kepentingan tuntung sungai dari sudut eko-pelancongan pula adalah kerana tuntung sungai hanya dijumpai di tiga buah negara sahaja di dunia dan Malaysia adalah salah satu daripadanya. 

Dalam majlis berkenaan, Ariffin turut memberi peruntukan sebanyak RM10,000 kepada Pusat Penetasan Tuntung tersebut.


Tag: