• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Sambut Hari Kebangsaan di Laut

KUALA TERENGGANU, 3 September – 'Luar biasa', itulah gambar sesuai bagi menterjemahkan semangat rakyat negeri ini meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66 Peringkat Negeri Terengganu apabila ada antara mereka yang meraikannya di lautan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memuji program tersebut yang mendapat sambutan baik dan kemeriahan lebih berganda pada tahun ini.

Katanya, apabila negeri ini meraikan sambutan perarakan Kemerdekaan di darat mahupun di laut.

"Inisiatif itu bertujuan bagi menyuburkan lagi semangat cintakan negara dalam diri rakyat seluruh negeri ini.

"Memori perarakan bot merdeka itu melalui sekitar Pesisir Payang dan Jambatan Angkat Kuala Terengganu, pada Sabtu.

“Semoga erti kemerdekaan kali ini lebih bermakna buat kita semua.

“Tahniah kepada semua yang telah memeriahkan sambutan kemerdekaan pada tahun ini, Terbaik,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di laman Facebook Rasmi miliknya pada hari ini.

Perarakan bot Merdeka tersebut dikehendaki melalui tiga 'checkpoint' yang penamatnya berkumpul di Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

'Checkpoint' pertama di Pulau Kekabu, Marang, manakala 'checkpoint' kedua di Bukit Tunggal, Kuala Nerus dan 'checkpoint' terakhir di Pengkalan Kampung Tengah, Setiu.

Program pada hari tersebut berjalan dengan lancar serta keadaan cuaca juga cerah sekali gus melancarkan kesemua pergerakan bot Merdeka.

 

 

 


Tag: