• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Sambutan Ulang Tahun Pas ke-70 Di TTI Ahad Ini

KUALA TERENGGANU, 9 Disember - Kemuncak saambutan ulang tahun Pas ke-70 diadakan di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, Ahad ini.

Pengarah program, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, acara kemuncak dalam sambutan yang berlangsung dari pukul 2 hingga 6 petang itu ialah ucapan Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, pengisian program dimulakan dengan ucapan Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan disusuli kesemua pesuruhjaya Pas negeri-negeri.

“Turut berucap ialah tiga Menteri Besar daripada Pas iaitu Datuk Ahmad Yakob, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan  Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

“Acara diteruskan dengan ucapan wakil-wakil dewan dan sidang As-Sabiqun di samping penyampaian Anugerah Tokoh Istiqamah kepada lima penerima,” katanya dalam sidang akhbar secara dalam talian hari ini.

Terdahulu, dalam Muktamar Pas Ke-67 bulan lalu, kepemimpinan parti memutuskan untuk mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-70 di negeri ini.

Pas ditubuhkan secara rasmi pada 23 Ogos 1951 dan sambutan berkenaan dilihat signifikan bagi membuktikan parti itu kekal utuh sepanjang 70 perjuangannya dalam politik tanah air. – UTUSAN ONLINE