• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Samiun Bersara, Tengku Farok Pegawai Kewangan Negeri Baharu

 KUALA TERENGGANU, 21 Jun - Bekas Pegawai Kewangan Negeri, Samiun Salleh bersara wajib berkuatkuasa semalam (20 Jun) selepas hampir tiga bulan memegang jawatan itu. 

Sementara itu, Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil telah memulakan tugas sebagai Pegawai Kewangan Negeri bermula hari ini.

Samiun yang berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Universiti of Wales, United Kingdom (UK) sebagai Pegawai Kewangan Negeri Terengganu bermula pada 14 Mac 2021 bagi menggantikan Dato Zainal Abidin yang bersara wajib pada 10 Mac 2021.

Samiun.

Terdahulu, beliau berkhidmat sebagai Pengarah/Timbalan Setiausaha Kerajaan (TSUK) (Pembangunan) di Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) bermula 3 November 2019.

Samiun adalah seorang yang berpengalaman dalam pentadbiran negeri, termasuk pernah menjadi Setiausaha Majlis Daerah Kemaman; Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT);Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu (MDS) dan Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Pada 2 Jun 2014, beliau berkhidmat sebagai TSUK (Pengurusan) dan kemudiannya Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) (2016-2017), Datuk Bandar MBKT (2017-2019) serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT (15 Januari 2019 - 02 November 2019).