• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Sangkar Ikan : PDT Dungun Panggil Pihak Terbabit Untuk Berunding

DUNGUN, 26 Oktober - Pejabat Daerah dan Tanah Dungun (PTPD) akan memanggil pemilik syarikat Mad Paka Global Resources Sdn Bhd, Ahmad Abdullah dan pihak-pihak terlibat bagi berunding berhubung isu sangkar ikan air masin miliknya di Paka, dalam masa terdekat.

Pegawai daerah Dungun, Anuar Awang memaklumkan, rundingan tersebut akan dilaksanakan bertujuan mencapai kata putus berkaitan isu yang tular di media sosial, baru-baru ini. 

"Sebelum ini, kita menerima aduan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bahawa sangkar ikan tersebut memasuki kawasan hak laluan atau 'Rights Of Way (ROW)' projek JPS yang sedang berjalan.

"Sebelum operasi tempoh hari, kami telah mengeluarkan dua notis lebih dua bulan kepada pihak terbabit supaya sangkar tersebut dialihkan," jelasnya kepada pemberita ketika ditemui di PTPD, semalam.

Tambahnya, setakat ini pihaknya tidak melakukan apa-apa tindakan dan memutuskan pertemuan dengan pihak berkenaan  dalam sesi rundingan secepat mungkin.

"Buat masa sekarang, kita 'hold' dulu projek ini sehingga rundingan dilakukan," katanya.

 


Tag: