• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Sasar 300 Sertai Program Derma Darah

DUNGUN, 14 Oktober - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) menyasarkan seramai 300 orang yang terdiri daripada kakitangan dan pelajarnya menyertai program derma darah yang diadakan selama dua hari, mulai semalam bertempat di Dewan Dagang universiti itu. 

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar(JHEP,) Yaswadi Mat Yasim berkata, program itu bertujuan membantu Unit Transfusi Darah, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu yang sentiasa memerlukan bekalan darah secara berterusan.

"Ini adalah acara rutin setiap semester yang dianjurkan JHEP dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan turut mendapat kerjasama sepenuhnya Unit Transfusi Darah, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

"Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar dan kakitangan kita, inilah bukti menunjukkan warga PSMZA sangat prihatin," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui semasa meninjau perjalanan program tersebut, semalam.

Katanya, dengan adanya program tersebut juga ianya memudahkan warga PSMZA untuk menderma darah kerana tidak perlu ke hospital.


Tag: