• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Satiful Rai Anak Yatim, Ibu Tunggal Beli Kelengkapan Raya

DUNGUN, 5 Mei - Sambutan Andilfitri tahun ini lebih bermakna bagi anak yatim 273 orang anak yatim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka apabila dibawa membeli kelengkapan pakaian raya di sebuah pasaraya di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat berkata, turut diraikan 149 ibu tunggal di seluruh Paka dengan pemberian telekung sembahyang.

Katanya, keceriaan jelas terpancar di wajah anak-anak yatim daripada keluarga kurang berkemampuan itu semasa memilih pakaian raya masing-masing.

Satiful mengingatkan agar seluruh masyarakat mengambil cakna jiran-jiran sekeliling yang tergolong dalam katogeri anak yatim, ibu tunggal atau fakir miskin untuk dimaklumkan kepada Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat.

"Sekiranya ada sahabat-sahabat kenalan yang dikategorikan seperti tersebut supaya dapat maklumkan kepada JPKK agar mereka tidak tercicir dari perhatian Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Darul Aitam Paka, M Fakhruddin Abdullah berkata, seramai 273 orang anak yatim dari 167 keluarga dan 149 ibu tunggal di seluruh Paka terpilih menerima sumbangan terbabit.

"Ini merupakan kali ke lapan program ini dilaksanakan dan tahun lepas terpaksa ditangguhkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Penerima diberikan baucar berniali RM100 untuk membeli kelengkapan raya di pasar raya Ten Ten, wang saku RM100 bagi anak yatim dan telekung sembahyang bagi ibu tunggal," katanya.

Menurutnya, setiap tahun Darul Aitam Paka akan membuat dua program besar iaitu sumbangan pakaian sekolah dan bantuan sumbangan Aidilfitri.

"Selain itu, agihan bulanan yang diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan tetap berjalan seperti biasa," ujarnya.

Katanya lagi, penyerahan baucer diberikan kepada seramai 57 orang anak yatim dan 45 orang ibu tunggal terlebih dahulu bagi mematuhi SOP kapasiti tempat manakala selebihnya akan diagihkan melalui JPKK setempat.

"Terima kasih kepada penderma-penderma serta Darul Aitam Paka sendiri yang berkerjasama dengan pihak PKM ADUN Paka dan YB ADUN Paka bagi meringankan beban golongan ini," ujarnya.


Tag: