• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Saupi Gembira Terima Rumah PPRT

KEMAMAN, 27 Oktober - Saupi atau nama sebenarnya Ahmad Saupi Abd. Jalil, 55, gembira kerana menerima sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Dia yang bekerja sendiri dan mempunyai enam orang anak bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pemberian rumah itu.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua terutama Pejabat Daerah Kemaman, Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Darat Kijal dan kerajaan negeri yang ada kerana menyediakan rumah ini untuk kami sekeluarga," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Bukit Kemuning, Kijal, semalam.

Hazri Jusoh (dua dari kanan).

Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Hazri Jusoh ketika berucap di majlis ringkas penyerahan kunci rumah tersebut menyatakan, kerajaan negeri komited dalam meneruskan agenda menyejahterakan masyarakat di negeri ini.

"Kerajaan negeri bersungguh-sungguh dalam memastikan setiap keluarga mempunyai sebuah rumah.

"Alhamdulillah, hari ini kita menyerahkan sebuah rumah PPRT kepada keluarga Saupi dan Insya-Allah esok dua buah rumah lagi di Meraga Beris," ujarnya.

PPRT merupakan perumahan yang diseliakan oleh Pejabat Daerah Kemaman dari peruntukan Pejabat DUN kepada mereka yang layak.


Tag: