• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Sedia Bantu Golongan LGBT Kembali Kepada Fitrah Asal

HULU TERENGGANU, 26 September - Kerajaan sentiasa bersedia untuk membantu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) untuk kembali ke jalan yang benar. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, tumpuan seharusnya diberi kepada usaha mendekati dan mendidik golongan itu untuk kembali kepada fitrah mereka.

"Kita akan membantu golongan LGBT dari segi kaunseling jika mereka nak bertaubat dan kembali berubah kepada identiti asal,"ujarnya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada Madrasah Darul Ansar Kampung Basong, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Nasrudin Hassan.

Idris berkata demikian ketika diminta mengulas tentang isu usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang kini dalam proses permohonan
ekstradisi  dari pihak berkuasa Thailand.

"Jika Nur Sajat atau golongan LGBT mengaku salah dan ingin berubah ke fitrah asal.. insya-Allah kalau dia sudi datang kepada kita,  tidak ada masalah, kita terima dan bantu kerana kita bukan mahu menghukum, tetapi lebih kepada mendidiknya," katanya.