• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Sedia Berdepan Tun M- Ahmad Puad



Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Dr Ahmad Puad Zarkashi menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan tepat apabila bersedia untuk berdebat dengannya pada program Nothing to Hide 2.0 yang bakal dianjurkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa)  berkata, medan perdebatan itu satu peluang dan penghormatan buatnya serta tidak sabar lagi untuk berdepan dengan Pengerusi Pakatan Harapan itu.

 "Saya pun banyak benda untuk dibangkitkan kepada beliau. Kalau beliau sudi untuk berdebat dengan saya ia satu penghormatan dan satu keputusan tepat.

“Perdebatan ini satu peluang dan platform kepada kerajaan untuk memperjelaskan pelbagai perkara, bukan membiarkan rakyat percaya melalui media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian  kepada pemberita selepas menghadiri  Majlis Mesra Aidifitri anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), di Pejabat Felda Wilayah Terengganu, Tepoh, Kuala Nerus hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman
Ahmad Puad turut memberitahu, pihaknya akan menggunakan  kewujudan media sosial dan teknologi baharu sebaik mungkin bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)  dengan memberi penjelasan terus kepada orang ramai

" 'Cyber Troopers' Jasa akan membetulkan persepsi negatif rakyat yang telah diracuni pihak pembangkang melalui tular.


“Pada masa yang sama akan mengerakkan kakitangan yang ada untuk bersemuka dengan rakyat dalam meyakinkan kepercayaan mereka terhadap kerajaan sedia ada,”katanya.

Tag: