• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Sekolah Agama Rakyat, Pondok Dan Tahfiz Terima RM3.39 Juta

KUALA TERENGGANU, 16 November - Kerajaan Terengganu menyalurkan peruntukan sebanyak RM3.39 juta kepada Sekolah Pondok, Sekolah Agama Persendirian dan Pusat Pendidikan di negeri ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Dato' Satiful Bahari Mamat berkata, dana tersebut meliputi kos pengurusan bagi setiap sekolah agama supaya ia dapat beroperasi dengan lebih berkesan. 

Katanya, kerajaan di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) akan bergerak seiring dengan institusi-institusi milik masyarakat agar tidak berlaku pertembungan tetapi melengkapi antara satu sama lain. 

 

"Sehingga kini, terdapat 145 institusi pondok, tahfiz, sekolah-sekolah agama rakyat yang berdaftar di Terengganu.

"Jadi kita harap 1.2 juta rakyat negeri Terengganu, anak-anak mereka dapat menikmati pendidikan yang terbaik. 

"Oleh itu, kita menawarkan alternatif yang terbaik untuk diberikan kepada anak-anak rakyat negeri Terengganu," beliau berkata demikian ketika ditemui UPDI di Majlis Penyerahan Replika Cek Bantuan Pengurusan Mengikut Perkapita Kepada Sekolah Pondok, Sekolah Agama Persendirian Dan Pusat Pendidikan Negeri Terengganu Tahun 2022) di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, hari ini. 

Turut hadir Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Negeri Terengganu, M.Rozi Bidin dan pengarah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT), Othman Awang.

 

 

 


Tag: