• 08 Mei 2021 | 26 Ramadhan 1442

Sekolah Terima Sumbangan Tangani COVID-19

KUALA TERENGGANU, 6 Januari - Sekolah-sekolah di Terengganu menerima sumbangan khas daripada kerajaan negeri bagi mengatasi impak COVID-19 dalam sektor pendidikan.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata sebanyak 14 buah sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang turut mendapat manfaat daripada sumbangan tersebut.

"Tanda ingat kita kepada sekolah dalam menangani pandemik COVID-19. Hati kita memang dekat dengan sekolah dan menjadi tanggungjawab membantu sekolah dan penduduk di DUN Ladang," katanya.

Beliau yang juga ADUN Ladang berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Tengahari Tautan Ukhuwah Sekolah - Sekolah Di DUN Ladang di sini hari ini.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh 28 orang Guru Besar dan Pengerusi Persatuan Ibu bapa Dan Guru (PIBG)

Dalam perkembangan berbeza, beliau mengalu-alukan warga DUN Ladang ke pejabatnya bagi memohon sebarang bantuan.

"Kita cuba cepatkan bantuan yang diminta, bersedia mendengar keluhan daripada semua orang," ujarnya.


Tag: