• 21 Apr 2024 | 12 Syawal 1445

Semarak Merdeka Dengan Erti Hijrah Yang Sebenar

MARANG, 30 Ogos - Bulan kemerdekaan pada tahun ini sangat istimewa kerana berada di dalam bulan Muharram ketika mana seluruh umat islam memperingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW, untuk memerdekakan jiwa, akidah, keyakinan, kepercayaan manusia dan yang paling utama memerdekakan sistem di dalam negara ketika itu.

Pengerusi Jawatankuasa Modal Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, keadaan ini menguatkan lagi sambutan bulan kemerdekaan sebagai umat islam seiring dengan erti hijrah yang sebenar.

"Kita juga menyambut hari kemerdekaan tiada lain melainkan bagi menunjukkan rasa besarnya erti kemerdekaan dan menghargai jasa para pejuang yang mengadaikan segala jiwa raga serta harta benda bagi memerdekkan negera daripada penjajah.

"Kita yang hidup di zaman ini walaupun tiada penjajah dan penguasa kerana mereka telahpun meninggalkan tanah air kita, tetapi pemikiran kita masih dikuasai dengan belenggu nilai-nilai, tingkah laku dan akhlak yang merosakkan.

Menurutnya lagi, cabaran masyarakat pada hari ini, adalah dari pelbagai sudut termasuk media baru dan teknologi maklumat yang penuh dengan unsur fitnah, propaganda dan provokasi.

“Justeru, kita perlu lebih teliti dalam menerima sesuatu berita kerana dikhuatiri termakan fitnah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.”

Beliau berkata ketika hadir merasmikan program Semarak Merdeka Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang di Pentas Budaya Pantai Peranginan Kelulut, semalam.

Turut hadir adalah Pengarah Majlis Tindakan Dun Rhu Rendang, Hassan Awang, Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Haron Yusof dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Rhu Rendang, Mohamad Embong.

Beliau yang juga ADUN Bukit Payung turut menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada petugas barisan hadapan seperti Polis Diraja Malaysia Marang, Pejabat Kesihatan Marang, Angkatan Pertahanan Awam Marang, Anggota Rela Daerah Marang, dan Jabatan Amal Malaysia sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka.

Penyerahan bendera jalur gemilang juga turut diserahkan kepada seluruh cawangan dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Dun Rhu Rendang.

 

 


Tag: