• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445
Haji Muhyidin Abdul Rashid (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada peserta yang terpilih.
Oleh: Muhammad Najib Ismail

HULU TERENGGANU - Semua lapisan masyarakat tidak mengira umur berhak untuk sihat demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Haji Muhyidin Abd Rashid berkata, perkara tersebut dibuktikan dengan penyertaan termasuk warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang hadir memeriahkan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Hulu Terengganu bertempat di Waterfront Kuala Berang.

"Hari Sukan Negara bertujuan untuk memupuk kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan dan beriadah.

"Hubungan masyarakat tanpa mengira parti politik dapat diperbaiki dengan adanya majlis sebegini.


"Kita juga perlu menjaga adab-adab dalam beriadah.

"Saya ucapkan berbanyak terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama yang sepenuhnya dari semua pihak termasuk pihak negeri dan persekutuan yang menganjurkan Hari Sukan Negara pada hari ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2018 di Waterfront Kuala Berang, hari ini (13 Oktober).

Dalam perkembangan yang sama, menurut Haji Muhyidin, sebanyak 8 acara yang dianjurkan mendapat sambutan masyarakat setempat.

"Antaranya, Fun Ride, Gegar 10K Langkah, Sukaneka, 3 on 3 Bola Jaring, Pertandingan Ping Pong, Liga Penalti, Car Boot Sale dan Berkayak," tambahnya.

Turut hadir sama, Ketua Penolong Daerah Hulu Terengganu, Mohd Zalizan Sulong, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Dr Noriah bt Mahmud dan Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu.

Tag: