• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Semuanya Pinjaman & Milik Allah

Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 29 November - "Kita perlu ingat bahawa semua yang wujud adalah pinjaman dan milik Allah, dan ini adalah akidah dan keyakinan yang pasti dapat meredakan jiwa yang bersedih."

Itu pesanan yang dititipkan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ketika merasmikan Program Sambutan Maulidurrasul di Masjid Kampung Tok Jembal, Seberang Takir baru-baru ini (23 November).

Katanya, jika seorang Muslim mempunyai akidah yang teguh, dia redha dan sabar akan semua musibah yang datang daripada-Nya.

Sambutan Malidur Rasul tersebut dianjurkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Seberang Takir dengan kerjasama Pegawai Daei Kuala Nerus dan Jawatankuasa Masjid Kampung Tok Jembal.

Turut hadir, Pegawai Penyelaras Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab, Penyelia i-MiTS Seberang Takir, Ustaz Muda Abdullah, dan pimpinan-pimpinan setempat.

Difahamkan, hampir 1,000 orang pengunjung memeriahkan program dengan sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

Antara pengisian program ialah Qiamullail, Kuliah Dhuha, Forum Muslimah, Kuliah Maghrib dan Malam Cinta Rasul pada sebelah malamnya.

Tag: