• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Senarai Hitam Kontraktor Gagal Siap Projek Sekolah


A Latif menanam pokok sebagai gimik merasmikan tapak pembinaan SMK Tok Jembal. Foto Harish Fazillah 


Kontraktor  yang gagal menyiapkan projek pembinaan sekolah  mengikut tempoh yang ditetapkan akan dikenakan tegas, termasuk disenarai hitam bagi mendapat projek pembangunan kerajaan yang lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A Latiff Awang  berkata, kerajaan tidak boleh bertolak-ansur terhadap kontraktor yang cuai melaksanakan tanggungjawab kerana boleh menjejaskan imej kerajaan negeri, selain terpaksa menanggung kerugian dalam pelbagai aspek.



Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga mengesan terdapat bangunan yang retak dan pecah walaupun baru dibina kerana penggunaan bahan-bahan pembinaan yang tidak berkualiti atau mengikut spesifikasi.

“Ini merupakan kelemahan dari pihak kontraktor yang kerajaan terpaksa tanggung.

“Saya menyarankan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya supaya sentiasa memantau setiap projek berkenaan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya pihak kontraktor melanggar syarat yang ditetapkan,”katanya.


Beliau berkata demikian  kepada pemberita ketika mewakili Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Jembal, Kuala Nerus, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman. Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin.

A. Latiff turut memberitahu, SMK Tok Jembal  yang membabitkan peruntukan RM45 juta itu akan dibina mulai Januari tahun depan bagi menampung lebihan pelajar di sekolah berdekatan.

“Sekolah yang dijangka siap 2020, lengkap dengan 30 bilik darjah, pejabat guru, makmal, dewan dan surau pastinya pelajar akan melalui pembelajaran yang lebih kondusif,”katanya,

Tag: