• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Seni Dikir Barat Perlu Dijaga - Haji Ab. Razak Ibrahim

Haji Ab. Razak Ibrahim berucap kepada hadirin dalam majlis tersebut.
Oleh: Aminji

KEMAMAN - Seni dikir barat yang menjadi warisan Negeri Terengganu perlu dijaga agar ketulenannya kekal dan dihargai oleh generasi akan datang.

Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Haji Ab. Razak Ibrahim berkata, beliau mengharapkan program yang dilaksanakan ini dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar sekolah.

"Ianya bertujuan untuk mengembangkan dan memulihara seni warisan dikir barat ini untuk memastikan ianya dijaga dan tetap subur sepanjang zaman sebagai khazanah warisan bangsa," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutup Sekolah-sekolah Negeri Terengganu anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Dewan Berlian Utama, Chukai Kemaman, kelmarin (8 September).

Menurutnya, sebanyak lapan pasukan daripada sekolah-sekolah yang mewakili daerah telah mempersembahkan dikir barat di pentas akhir peringkat negeri.


Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan Sekolah Menengah Padang Kemunting dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Dikir Barat Sekolah-sekolah Negeri Terengganu.

Tag: