• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Sepakat Perkasa Dewan Undangan Negeri


Yahaya Ali (paling kiri).
KUALA TERENGGANU, 12 September - Bengkel Memperkasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor selama dua hari yang berakhir baru-baru ini menyerlahkan kesepakatan semua negeri untuk melakukan tranformasi DUN negeri masing-masing.

Program yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato' Yahaya Ali itu menggariskan lima resolusi dan cadangan untuk diserahkan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Sebelum itu, pembentangan dan perbincangan kertas kerja daripada beberapa tokoh dalam negara menjadi agenda utama.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Shamrahayu Abd Aziz menekankan kepada keperluan reformasi dan perimbangan kuasa badan legislatif supaya dapat membantu pihak eksekutif menjadi sebuah kerajaan yang sihat dan demokratik.

Perasmian penutup program dilakukan oleh Sahruddin Jamal.


Tag: