• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Setelah 20 Tahun Tertangguh, 397 Suratan Hak Milik Dan Borang 5A Diserahkan

SETIU, 13 November- Setelah menunggu hampir 20 tahun akhirnya seramai 397 penduduk di sini lega setelah menerima suratan hak milik tanah dan notis Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Terkilan Rhu Tapai dan Tanah Pertanian.

Daripada Jumlah terbabit seramai 147 merupakan penerima Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Rhu Tapai, Setiu.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Ustaz Mohd Shafizi Ismail berkata, sekian lama penduduk di sini menunggu akhirnya ia menjadi kenyataan yang sangat mengembirkan rakyat.

“Saya memanjatkan syukur ke atas Ilahi kerana diberikan kesempatan untuk menunaikan hak rakyat di kawasan saya dengan kerja keras daripada semua pihak terutama kakitangan Pejabat Tanah Daerah Setiu proses penyerahan hak milik RTB ini menjadi kenyataan.

“Ia merupakan Hari yang sangat bersejarah kerana kita berjaya merealisasikan janji dan manifesto kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi mengembalikan tanah-tanah terkilan,” ujarnya pada majlis penyampaian Suratan Hak Milik Tanah Dan Notis Borang 5A RTB Terkilan, Rhu Tapai di Dewan Sungai Tarom, Permaisuri Setiu baru-baru ini.

Seorang penerima, Novianti binti Mohd Zam, 41, berkata, dia menzahirkan perasaan sangat gembira kerana permohonan yang dibuat pada tahun 1999 akhirnya diluluskan.

“Alhamdulillah, syukur sangat kerana penantian hampir 20 tahun untuk memiliki tanah ini akhirnya berakhir dan saya tidak menyangka permohonannya begitu cepat diproses dibawah keraaan PAS.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri dibawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Ustaz Mohd Shafizi Ismail yang sangat cakna kepada keperluan rakyat seperti kami,” ujarnya yang berasal dari Kampung Pasir Puteh Batu Rakit.

Hadir merasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komuditi dan Pembangunan Luar Bandar, YB Dr Azman Ibrahim, Pegawai Daerah Setiu, YBrs Tuan Rosli latif dan Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri, Zul Bhari Abdul Rahman.


Tag: