• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Setiu Perlukan Pembangunan Infrastruktur

KUALA LUMPUR, 2 Oktober – Ahli Parlimen Setiu mahu kerajaan pusat  membasmi kemiskinan dengan memacu pembangunan infrastruktur di daerah terbabit.

Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, permasalahan miskin tegar bukan sahaja berlaku di luar bandar malah turut berlaku di bandar.

“Namun yang membezakanya oleh kerana faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Bagi luar bandar, bukan disebabkan masalah kekurangan peluang pekerjaan sahaja, malah kekurangan kemahiran dan infrastruktur juga menjadi penyumbang besar.

“Di Setiu contohnya, hampir 35 tahun penubuhan daerah Setiu, namun masih lagi jauh ketinggalan berbanding daerah-daerah yang lain," jelasnya pada sesi ucapan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) baru-baru ini.

Katanya lagi, bagi memacu lagi pembangunan penduduk luar bandar, pembangunan dari segi fasiliti dan infrastruktur di luar bandar seperti Setiu amatlah penting. 

“Bagi merancakkan ekonomi di setiu, satu Institusi Pengajian Tinggi Awam perlu diwujudkan segera di Setiu," jelasnya.

Shaharizukirnain yakin jika pembinaan itu bulatan di simpang tiga ke Penarik dapat realisasikan dan Bukit Lama Balai Polis dapat diratakan, Bandar Permaisuri di Setiu akan rancak membangun.

Selain itu, beliau juga menegaskan Setiu juga memerlukan Pejabat Kesihatan Daerah dan Klinik Kesihatan Permaisuri yang baru dan beberapa lagi fasiliti-fasiliti yang perlu diwujudkan di Setiu.


Tag: