• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Shaharizukirnain Tinjau Keadaan Banjir


Oleh: Dzakaria Mohd Salleh, Muhaimin Mohamed

SETIU, 6 November - Masalah yang membelenggu penduduk Kampung Sri Bayas ekoran jambatan kampung itu yang tidak boleh dilalui akibat musim tengkujuh sekarang ini akan diselesaikan secepat mungkin.

Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Setiu bahawa pembinaan jambatan baru di kampung tersebut telah diangkat permohonannya dengan kos hampir RM10 juta.

"Ianya belum dapat kelulusan lagi, insya-Allah akan diberi keutamaan dalam senarai projek perlu diberi keutamaan dalam pembentangan bajet nanti.


"Saya juga sudah berbincang dengan exco yang akan turun melawat jambatan itu dalam masa terdekat," ujarnya ketika ditemui pemberita semasa mengadakan tinjauan banjir di kampung berkenaan, hari ini.

Terdahulu Shaharizukirnain melakukan tinjauan di Kampung Telaga Papan dan akan memohon bantuan dari Jabatan Parit dan Saliran (JPS) jika perlu bagi mengalihkan air yang bertakung ke sungai berhampiran bagi mengelakkan air memasuki beberapa rumah di kawasan tersebut.


Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri Ustaz Zul Bhari Abd Rahman.

Tag: