• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Sidang DUN: Bantuan Kerajaan Meliputi Tabung Serangan Binatang Buas

Persidangan Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman.
Komitmen kerajaan memberi bantuan dan peruntukan kepada rakyat yang kurang berkemampuan turut merangkumi Tabung Serangan Mangsa Binatang Buas untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal yang berjumlah RM20,000.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, bantuan kewangan lain yang disalurkan melalui Tabung Darul Iman dan juga Kerajaan Pusat menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu seperti Bantuan Kanak-Kanak (RM100-RM450), Elaun Pekerja Cacat (RM350), Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) Yang Tidak Berupaya Bekerja (RM200), Bantuan Penjagaan OKU atau Pesakit Kronik Terlantar (RM300) dan Bantuan Orang Tua (RM300).
“Selain itu, Bantuan Anak Pelihara (RM250 hingga RM500), Bantuan Latihan Aperantis (RM200), Bantuan Geran Pelancaran (RM2,700), Bantuan Alat Tiruan/Sokongan Mengikut Kadar Harga Sebenar dan Tabung Bantuan Segera (RM300).
“Ini ialah antara bantuan-bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu masalah yang dihadapi oleh rakyat agar mereka berasa selesa dan terbela seligus dapat meringankan beban mereka,”katanya.
Roslee (BN- Bukit Besi) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Dato' Sabri Mohd Noor (BN- Langkap) di persidangan kedua penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, semalam.

Tag: