• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

SIDANG DUN : Pemohon Beristeri Ramai Layak Mohon RMR

KUALA TERENGGANU, 18 November- Pemohon yang memiliki isteri lebih daripada satu layak memohon Rumah Mampu Milik (RMM) sekiranya memenuhi syarat termasuk berpendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500 sebulan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata,  itu antara syarat baru yang diperkenalkan kerajaan negeri melalui Bahagian Perumahan.

“Sama ada memiliki isteri dua, tiga atau empat layak dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat.

“Kita longgarkan syarat itu kerana menyedari mereka yang memiliki isteri ramai, dijamin tidak boleh tinggal sebumbung,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Katanya, syarat lain  pemohon yang melebihi umur 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga (isteri atau adik-beradik atau ibu bapa atau anak-anak).

“Berkahwin manakala 10 peratus diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas layak dipertimbangkan.

“Pemohon dan pasangan juga tidak memiliki rumah sendiri dengan pendapatan isi rumah bermula RM2,000.00 sehingga RM4,500.00,” katanya .

Katanya, semua syarat yang  dinyatakan terdapat dalam  laman sesawang  https://eperumahan.terengganu.gov.my/.  

“Melalalui sistem itu tidak akan ada istilah pilih kasih dalam agihan rumah. Jika  terpilih nama pemohon akan dihantar ke pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk proses seterusnya termasuk menjalani  temuduga .”katanya.

 


Tag: