• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Sidang DUN : Sedia Perkasakan 'Sport Tourism' Sebagai Sub Pelancongan Negeri

KUALA TERENGGANU, 15 September - Terengganu sedia memperkasakan 'Sport Tourism' sebagai salah satu sub pelancongan yang mampu menarik pelancong ke negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman, berkata, 'sport tourism' berupaya menjadi produk menarik kumpulan tertentu seperti peminat memancing, menyelam dan lain-lain lagi.

"Selain itu, kita juga mempromosikan aktiviti ini melalui penganjuran acara seperti Perhentian Island  Challenge, Terengganu Surfing, Terengganu Paragliding dan Larian Jambatan Sultan Mahmud bagi menarik pelancong," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman di Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14, di sini, hari ini.

Tambahnya, ia termasuk bekerjasama dan berkolaborasi dengan badan sukan yang terkenal di peringkat antarabangsa dan dunia seperti Terengganu Cycling Team (TSG).

Dalam masa yang sama, Ariffin juga berkata, perancangan tersebut terpaksa ditangguh akibat pandemik COVID-19 buat sementara waktu.

"Program-program ini akan kembali diadakan seperti biasa setelah wabak ini dapat diatasi," ujar beliau.