• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Sira Labu Dan Gulai Ayam Hanyut Air

Oleh : Muhammad Safwan Mohd Sukeri 

LANCANG,  30 Disember 2021- Tidak terungkap dengan kata-kata sebaik melihat barang-barang untuk masakan sira labu dan gulai ayam hanyut dan  tidak sempat  diselamatkan  dalam kejadian banjir pada 20 Disember lalu. 

Mangsa, Mohammad Ali, 56 berkata kebetulan pada hari kejadian, beliau dan isteri  bangun awal pagi kira-kira jam 3.00 pagi bagi menyiapkan tempahan makanan pelanggan untuk 300 tetamu.

"Tetapi malang , kami tidak mampu berbuat apa-apa, tidak dapat selamatkan barangan masakan,  hanya mampu lihat dapur ditenggalami banjir. Air naik terlalu cepat sehingga paras bumbung. Ketika itu hanya ingat untuk menyelamatkan diri dan  berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara(PPS)  " luahnya sambil mengenang kembali saat-saat cemas yang dilaluinya. 

 

 

Mohammad yang juga mengusaha katering memberitahu demikian ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman semasa kerja-kerja membersih rumahnya oleh Jabatan Amal Besut.


Katanya, sepanjang 30 tahun tinggal di rumah berkenaan, buat pertama kalinya kediaman berkenaan dinaiki  air. 


"'Semua perabot, alatan elektrik, pakaian, alatan ketering ditenggelami air dan kebanyakkannya rosak dan terpaksa dilupuskan. 


 “Saya redha, Alhamdulillah nyawa saya selamat, orang lain ada yang kematian ahli keluarga," ucapnya sambil tidak henti - henti mengucapkan terima kasih atas pertolongan yang dihulurkan.


Tag: