• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

'Sira' Labu Dan Gulai Ayam Hanyut Banjir

Oleh : Muhammad Safwan Mohd Sukeri 

LANCANG,  28 Disember 2021- Tidak terungkap dengan kata-kata sebaik melihat barang-barang untuk masakan sira labu dan gulai ayam hanyut dan  tidak sempat  diselamatkan  dalam kejadian banjir . 

Menceritakan kejadian memilukan itu, pengusaha tersebut Mohammad Ali, 56 berkata kebetulan pada hari kejadian, beliau dan isteri  bangun kira-kira pukul 3.00 pagi  kerana menerima tempahan untuk 300 orang makan. 

"Tetapi masa tu, kami melihat dapur kami banjir dan air naik terlalu cepat sehingga paras bumbung menyebabkan kami hanya ingat untuk menyelamatkan diri dengan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara(PPS) tanpa sempat menyelamatkan harta benda dan tempahan makanan, " luahnya sambil mengenang kembali saat-saat cemas yang dilaluinya. 

 Mohammad memberitahu demikian ketika ditemui semasa kerja-kerja membersih rumahnya oleh Jabatan Amal Besut di sini. 

Katanya, sepanjang 30 tahun tinggal di rumah berkenaan, buat pertama kalinya kediaman berkenaan dinaiki  air. 

"'Semua perabot, alatan elektrik, pakaian, alatan ketering ditenggelami air dan kebanyakkannya rosak dan terpaksa dilupuskan. 

 “Saya redha, Alhamdulillah nyawa saya selamat, orang lain ada yang kematian ahli keluarga," ucapnya sambil tidak henti - henti mengucapkan terimakasih. 


Tag: