• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Sistem Kutu Mampu Galakkan Guru MDI Sertai Korban





Oleh : Nooreni Abu Bakar

MARANG, 14 Ogos -  Madrasah Darul Iman (MDI) di sini,   mengambil inisiatif mengadakan sistem 'kutu'  bertujuan membantu guru  madrasah itu menyertai Program  Korban pada setiap tahun.

Timbalan Mudir I  MDI yang juga Penasihat Program Qurban Dan Aqiqah MDI, Ustaz Ahmad Buniyamin Razimin berkata, kutipan kutu secara bulanan yang akan dimulakan pada September  nanti  adalah  pertama kali diperkenalkan.


"Alhamdulillah untuk mereka seekor lembu berjaya diqurbankan, ini satu kelainan yang kita buat pada tahun ini memandangkan mereka kurang berkemampuan.

“Sejumlah enam ekor lembu dan  sembilan ekor kambing dikorbankan pada tahun ini  berbanding  empat ekor  lembu pada tahun lepas.

“Hampir keseluruhan daging  disumbangkan kepada pihak  MDI dan  kelas tuisyen  sebagai hidangan  tengahari pelajar-pelajar Tahun Lima dan Tahun Enam yang mengikuti untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam(UPSRI) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR). , " ujarnya.


Tag: