• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Skim i-Rahman: Permohonan Ditutup Esok

KUALA TERENGGANU, 27 Februari – Permohonan Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu (i-Rahman) tanpa caj tambahan untuk rakyat Terengganu akan ditutup esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pihak menggesa individu berkelayakan yang belum memohon untuk membuat permohonan secara atas talian berdasarkan syarat-syarat.

"Projek pembinaan perumahan terkini akan dibangunkan di Bandar Kerteh Jaya dan Kampung Semayor melibatkan 1,700 unit," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama cadangan projek pembangunan perumahan mampu milik dan bercampur secara penswastaan antara kerajaan negeri dan Ireka Corporation Berhad baru-baru ini.

Katanya, sehingga kini, sebanyak 18,619 unit atau 93.1 peratus daripada sasaran daripada 20,000 buah rumah sudah dibina di Terengganu.

“Kita yakin untuk menyiapkan baki 1,381 unit dalam sasaran kerajaan negeri menjelang 2023,” tambah beliau.

Dr Alias turut menambah, pihak kerajaan komited untuk menunaikan janji manifesto PAS sebelum pilihan raya umum (PRU) lalu bagi manfaat seluruh rakyat.

Untuk rekod, permohonan tersebut dibuka sejak 17 Oktober 2021 dan berakhir pada akhir Februari 2022 untuk diproses.


Tag: