• 13 Mei 2024 | 5 Zulkaedah 1445

Skim Permata Terengganu Sejahtera 2019 Dilanjutkan Hingga 31 Mac Ini


KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Tempoh Permohonan Skim Permata Sejahtera 2019 dilanjutkan sehingga 31 Mac ini bagi membolehkan ibu bapa bayi yang dilahirkan tahun lalu membuat permohonan segera.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri,  Hanafiah Mat berkata, borang permohonan skim itu boleh diperolehi di pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di lapan daerah di seluruh negeri termasuk Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Besut, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Katanya semua bayi dilahirkan bermula 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu berhak mendapat manfaat dari skim tersebut dengan syarat ibu atau bapa bayi terbabit mesti rakyat Terengganu yang lahir atau menetap melebihi 10 tahun di negeri ini.

"Borang permohonan hendaklah dikemukakan bersama Salinan MyKAD ibu dan bapa serta MyKID atau Sijil Lahir Bayi berkenaan," jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Tag: